BANK Rakyat memperkenalkan Akaun-i eGold iaitu platform pelaburan emas digital patuh syariah yang membolehkan pelanggan membeli atau menjual emas secara mudah dan selamat melalui saluran perbankan internet iRakyat.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, produk baharu itu diperkenalkan bagi menggalakkan pelanggan mempelbagaikan aset kewangan mereka dengan menambah emas sebagai aset pelaburan alternatif.