BATU PAHAT – Ajaran sesat Millah Abraham yang didapati mempunyai barisan ‘jemaah menteri’ cukup berisiko mengancam keselamatan dan keharmonian negara.
Exco Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kumpulan itu bercita-cita mahu menubuhkan kerajaan dan mempunyai kerajaan sendiri ala Millah Abraham.