26 Januari 2009, Nadya Suleman menjadi bualan seluruh dunia apabila selamat melahirkan anak kembar lapan orang! Hari ini, genap 14 tahun dan kesemua anak-anaknya hidup sempurna dan normal. Luar biasa!
Popular dengan gelaran ‘Octomum’ kerana melahirkan lapan anak, Nadya atau nama sebenarnya Nadya Denise Doud-Suleman dilahirkan pada 1975 di Fullerton, California. Dia merupakan anak tunggal kepada pasangan keturunan Palestin dan Lithuania.