YAN – Hujan lebat berterusan tanpa henti selama beberapa jam mengakibatkan air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun di sini, dilanda kepala air hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, hujan itu mengakibatkan limpahan air deras melimpah memasuki kawasan rumah penduduk pada jam 12 tengah hari.