MELANGKAH ke tahun 2025, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat memperkukuh daya tahan sistem bekalan air menerusi pelbagai inisiatif strategik yang memberi manfaat jangka panjang kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata, inisiatif adalah selari dengan usaha Air Selangor memenuhi keperluan pengguna serta menjamin kesejahteraan komuniti.