TAMPIN – Kejadian banjir yang berlaku di seluruh Negeri Sembilan sejak Selasa lalu disebabkan fenomena air pasang besar terutamanya di kawasan Port Dickson.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, hujan berterusan selama empat jam pada Sabtu juga mencetus kejadian banjir sehingga menjejaskan kediaman penduduk.