POPULARITI dan vokal yang dikecapi penyanyi Aina Abdul kini, tidak boleh dipertikaikan lagi.
Selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2024, Aina sekali lagi menjadi pilihan peminat apabila berjaya meraih hampir 30,000 undian secara individu dalam sesi undian versi media sosial Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) sekali gus memperkukuhkan statusnya sebagai antara bintang paling berpengaruh dalam pertandingan ini.