KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dan perlahan setakat jam 5 petang ini susulan pertambahan kenderaan warga kota yang keluar untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman masing-masing.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) meningkat dari arah timur di Gombak ke Genting Sempah.