AIDIL Sholeh Ali Sadikin membuktikan kebangkitannya di pentas antarabangsa apabila merangkul gelaran juara Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025, sekali gus menambah koleksi trofinya selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu.
Pemain perseorangan profesional lelaki negara itu mempamerkan prestasi cemerlang dengan menewaskan pemain India, Pranay Katta dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan St Joseph, Colombo.