NEW YORK – Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Jumaat berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran dan menyeru negara-negara untuk mengekalkan kemanusiaan di tengah-tengah sistem pendidikan, lapor Xinhua.
Dalam mesejnya sempena Hari Pendidikan Antarabangsa yang disambut pada 24 Januari, Guterres menyatakan bahawa kemajuan teknologi pesat hari ini seperti AI, membawa potensi besar untuk menyokong pelajar dari pelbagai peringkat umur sepanjang perjalanan pembelajaran mereka.