PUTRAJAYA – Analisis terkini kerajaan menunjukkan bahawa lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang, dengan sektor utama seperti pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat dijangka melalui transformasi signifikan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, di Malaysia, cabaran tenaga mahir semakin ketara dan memerlukan perhatian segera iaitu statistik menunjukkan bahawa lebih 600,000 pekerja perlu menjalani latihan semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk kekal relevan dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.