JAKARTA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Indonesia pada Ahad bagi lawatan rasmi selama tiga hari untuk mempererat hubungan kedua-dua negara jiran dalam bidang pendidikan, industri halal, pembangunan luar bandar dan pengurusan bencana.
Beliau dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 7.01 malam waktu tempatan (8.01 malam waktu Malaysia).