SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan hero yang menjatuhkannya sebagai pemimpin nombor satu negara ketika itu seperti didakwa.
Dr Mahathir sebaliknya menjelaskan, keputusan beliau untuk meletak jawatan secara terhormat dibuat disebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak nasihatnya, bukan ada kaitan dengan usaha untuk mengharamkan UMNO.