SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Lue King Chiew di Gereja Anglikan St Michael di sini, pada Jumaat.
Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran keluarga serta kenalan terdekat pasangan terbabit antaranya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, petugas media, pasukan khidmat rakyat Parlimen Sandakan dan orang ramai.