KUALA LUMPUR – Agrobank mengumumkan pembukaan penyertaan Agro Biz Awards 2025 bermula dari 18 Jun sehingga 31 Julai 2025.
Agro Biz Awards merupakan sebuah anugerah berprestij bertujuan menghargai kecemerlangan dan sumbangan luar biasa pemain industri komuniti tani dalam memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.