KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-68 kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang disambut pada Jumaat.
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.