PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa puas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang akan berlangsung Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata, beliau dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa mempersembahkan taklimat mengenai persiapan sambutan itu kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara semalam.