PUTRAJAYA – Pergerakan sebuah kamera robotik ‘berjalan’ di sekitar pentas utama dan antara kontinjen perbarisan pada sambutan Hari Kebangsaan hari ini menarik perhatian mereka yang melihatnya.
Robot berwarna hitam itu ialah kamera robotik model G1 Shotover AGITO (AGITO) untuk memastikan paparan visual sambutan Hari Kebangsaan di kaca televisyen tahun ini lebih segar bagi kepuasan mereka yang tidak berpeluang hadir ke Dataran Putrajaya.