SHAH ALAM – Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam menjadi gagasan baharu Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang memberi tumpuan kepada lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR).
Lima BKR itu adalah Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.