Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat merangkumi RUU Mufti Wilayah, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah.
Majoriti bersetuju dengan pelaksanaan RUU itu namun saya sedikit musykil apabila ada yang menolak sedangkan RUU itu mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) berdasarkan manhaj akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah. Mengapa menjadi satu perkara yang agak rumit sehingga menjadi perbahasan di media sosial.