HAMPIR 1,620 pegawai dan anggota keselamatan akan ditugaskan semasa perlawanan Kumpulan A Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bawah 23 tahun (B-23) antara Indonesia dan Malaysia di Jakarta Pusat malam ini, menurut polis.
Aksi ketiga kumpulan itu dijadual berlangsung pada 8 malam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Kompleks Sukan Senayan.