Kemenangan pelakon filem War On Terror: KL Anarchy, Aedy Ashraf menerusi kategori Aktor Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 pada malam ini tidak disangka oleh Aedy sendiri.
Ini berikutan tempoh masa yang cukup lama diambil baginya diiktiraf di mana-mana acara anugerah yang mencalonkannya. Begitupun buat Aedy, segalanya tidak mustahil sekiranya kesabaran, dedikasi dan semangat untuk meneruskan minat seseorang itu diteruskan tanpa mengira penat lelah.