MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof mencabar Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan berlawan dalam pilihan raya negeri (PRN).
Beliau berkata, tiada gunanya Ab Rauf yang juga Ketua Menteri hanya menyatakan mahu merampas kembali kerusi DUN Sungai Udang sekiranya pilihan raya tidak diadakan.