SHAH ALAM – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penyokong kerajaan Selangor diminta tampil menyatakan pendirian berhubung pelaksanaan Sistem Parkir Pintar (SIP) Selangor yang didakwa mencetuskan kegusaran rakyat.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, beliau akan memulakan inisiatif mengumpul tandatangan ADUN-ADUN terbabit dalam satu petisyen bersama bagi menggesa kerajaan negeri menangguhkan dan menilai semula skim berkenaan secara menyeluruh.