SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kuala Selangor, Oktober depan.
Harrison berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan daripada semua pihak terutama jawatankuasa Bersatu bahagian berkenaan.