Pantulan cermin dalam gambar ialah musuh peminat fotografi sejak kamera dicipta ratusan tahun lalu. Tetapi bagi pengguna Adobe Camera Raw, masalah bergenerasi ini dapat diselesaikan dengan hanya menekan satu butang menggunakan ciri baharu Reflection Removal.
Reflection Removal menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membuang pantulan cermin secara automatik. Yang menjadikan Reflection Removal berbeza dengan ciri sama pada perisian lain ialah, pengguna boleh membuang sebanyak mana pantulan cermin boleh dibuang. Malahan terdapat fungsi untuk mengekalkan imej pantulan dan bukan imej latar yang biasanya ingin disimpan.