TUARAN – Seorang wanita maut dipercayai dibunuh abang kandungnya dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tenghilan, Tamparuli di sini pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 41 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan cedera parah di bahagian leher, kepala dan kedua-dua mata dipercayai akibat senjata tajam.