Menguji betul tengok video masakan Che Nom sepanjang Ramadan ini! Nampak menyelerakan dan ramai yang terliur. Dikenali sebagai YouTuber masakan popular tanah air, pemilik nama Norma Bakar ini bijak menggunakan teknologi digital masa kini untuk menerbitkan video kreatif yang memenuhi ‘selera’ warga maya.
Anak kelahiran Kedah berusia 41 tahun ini mencipta pengaruh tersendiri apabila kebanyakan video masakan Che Nom meraih jutaan tontonan. Sehingga ke hari ini, Che Nom memiliki hampir 2 juta subscribers di YouTube dan menerima Gold Play Button pada tahun 2021.