BEAUFORT – Sebuah kotak bertulis ‘ada anak saya dalam kotak’ membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan pintu sebuah rumah di Membakut, dekat sini, pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, bayi dianggarkan berusia 36 bulan ditemui oleh seorang lelaki yang ketika itu ingin keluar bekerja sebelum melaporkannya kepada pihak polis.