Pelakon popular, Acha Septriasa, baru-baru ini dilaporkan sah bercerai dengan suaminya, Vicky Kharisma pada 19 Mei 2025 dan perkara ini disahkan menerusi keputusan verstek Mahkamah Agama Jakarta Pusat, Indonesia.
Menerusi laporan media tempatan, keputusan itu turut dimuat naik ke laman direktori Mahkamah Agung Republik Indonesia dan kini ia telah pun tular di media sosial. Di mana, rekod kes dengan nombor 1619/Pdt.G/2024/PA.JP menunjukkan pelakon wanita itu telah memfailkan permohonan cerai pada 13 Disember 2024.