10 tahun lalu kumpulan Little Mix mencipta sejarah tersendiri apabila mereka menjadi kumpulan penyanyi pertama memenangi pertandingan nyanyian realiti popular, X-Factor. Biarpun kini tinggal bertiga setelah Jesy Nelson mengambil keputusan untuk bergerak secara solo tahun lalu, Leigh-Ann Pinnock, Perrie Edwards dan Jade Thirlwall terus menghasilkan karya baharu.
Mengimbau kembali saat menjalani sesi uji bakat, mereka tidak saling mengenali kerana masing-masing hadir sebagai penyanyi solo. Saat itu mereka gagal untuk lolos ke peringkat seterusnya. Namun saat menentukan siapa yang akan dibawa ke rumah mentor, Kelly Rowland yang merupakan salah seorang juri ketika itu merasakan keempat-empat mereka harus diberi peluang sebagai sebuah kumpulan.