Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi enggan lagi mengulas soal rumah tangga anaknya, Marissa Dania bersama menantunya, Ahmad Aslam.
Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 48, dia tidak lagi berminat untuk mencetuskan kontroversi sebaliknya hanya mahu Marissa menghadapi perkahwinannya dengan tenang.