MEXICO – Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya Mexico mendedahkan bahawa punca kematian sembilan pelajar yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai akibat dibunuh oleh sebuah kumpulan gengster.
Beliau yang tidak mendedahkan namanya itu dalam satu kenyataan kepada DailyMail.com pada Khamis, menyatakan bahawa ahli kumpulan Los Brujos, yang dikenali sebagai José ‘EL Jocha’ Lavariega telah menjemput kesemua mangsa sebelum kejadian pembunuhan berlaku.