SHAH ALAM – Di tengah-tengah krisis perumahan yang semakin meruncing, terdapat sembilan model rumah mampu milik dari luar negara dengan harga di bawah RM400,000 yang berpotensi menjadi rujukan sesuai untuk pasaran di Malaysia.
Dengan harga yang berpatutan dan inovasi reka bentuk yang praktikal, model-model ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah idaman mereka.