Hujung minggu ini pastinya anda akan meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti. Sebagai pembuka hari anda, anda disarankan untuk mulakan dengan melakukan senaman kardio ini. Mudah sahaja sis, buat sahaja di rumah.
Senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju. Perkataan kardio adalah singkatan daripada ‘kardiovaskular’ yang bermaksud jantung. Ia memberikan memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Tambahan itu, senaman ini juga mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien dan membuatkan anda tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.