IPOH – Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat keracunan makanan dalam kejadian pada Selasa.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, berdasarkan laporan diterima daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara, kejadian difahamkan berlaku bermula jam 10.50 pagi melibatkan pelajar sesi pagi dan petang.