PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Seramai 8.6 juta rakyat akan menerima bayaran sehingga RM650 menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bermula esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran itu melibatkan peruntukan RM2 bilion bagi meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah.