SHAH ALAM – Sebanyak 85 peratus rakyat Malaysia bakal menghadapi krisis legasi susulan tiada perancangan pengagihan pusaka kewangan kepada keluarga.
Perkara itu berdasarkan tinjauan kaji selidik Sun Life Malaysia dan mendapati hanya segelintir rakyat Malaysia mengambil langkah untuk merancang warisan keluarga, walaupun sesetengah mereka menganggap memahami subjek tersebut.