Siapa yang tidak kenal dengan hot mama ni, iaitu pelakom Lana Nordin yang sering berkongsi kisah kehidupan dan keluarganya. Kehidupan bahagia bersama suami dan anak-anak sering meraih perhatian ramai.
Terbaru, Lana tampil dengan wajah yang berbeza apabila berkongsi pengalaman melakukan pembedahan kosmetik mencantikkan hidungnya di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.