Suatu ketika dulu penyanyi popular era 80an dengan lagu Teringin, Shima pernah hidup mewah dan mempunyai ramai peminat. Namun kini dia harus reda menerima ketentuan takdir apabila diuji dengan pelbagai dugaan hidup.
Tidak lagi aktif dalam dunia seni dan menerima tawaran persembahan, Shima atau nama penuhnya Ku Nazatul Shima Ku Kamaruzzaman mengakui dia mengalami sakit belakang. Keadaan kesihatan yang tidak menentu mengehadkan pergerakan dan kemampuannya untuk bekerja.