Terbaru, pempengaruh dan juga guru yang tidak asing lagi di media sosial, Sir Fathi baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad lalu.
Sir Fathi atau nama sebenarnya Fathi Hussein juga telah membuktikan bahawa sumbangannya dalam dunia pendidikan digital diiktiraf secara meluas terutama dalam menyampaikan ilmu dengan pendekatan yang lebih inovatif dan interaktif.