Nama Datuk Rosyam Nor terkenal sebagai selebriti yang tidak gemar berkongsi kisah peribadi dan wajah keluarganya kepada umum. Kesempatan bertemu puteri kedua Datuk Rosyam Nor iaitu Nur Anis atau lebih mesra dengan panggilan Anis, wanita cantik yang juga Instafamous ini mendedahkan sifat sebenar pelakon berbakat besar itu di mata seorang anak.
Meniti usia 28 tahun, Anis seorang yang sangat ramah dan berpekerti tinggi. Meskipun sudah bergelar isteri namun ujar Anis kehidupannya lebih bermakna selepas dikurniakan seorang suami. “Boleh dikatakan kehidupan Anis sekarang agak sibuk, biasanya akan balik awal sebab kena sediakan lunch, dinner termasuk barang-barang rumah. Tak ada apa yang berubah sangat.”