Baru-baru ini, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi mencuri perhatian di media sosial apabila berkongsi momen manis bersama anaknya Affaf, berhubung isu telefon bimbit baru. Namun, kisah itu bukan sekadar tentang gajet pintar, tetapi bagaimana beliau mendidik anak-anak dengan meletakkan Al-Quran sebagai syarat utama dalam setiap permintaan.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook pada beberapa hari lalu, Datuk Dr Asyraf menceritakan bagaimana telefon lama puterinya, Affaf sudah rosak dan mula memujuk dirinya untuk mendapatkan telefon baru. Bagaimanapun, beliau tidak terus bersetuju, sebaliknya meletakkan syarat agar anaknya menyemak bacaan hafazan surah Al-Baqarah terlebih dahulu.