Menerusi perkongsian di laman Instagram, rapper dan usahawan, Caprice akui teruja dengan penampilan terkini isterinya, Farra Inalis yang kini dilihat manis mengenakan hijab.
Malah, menerusi video berdurasi kurang seminit itu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli turut dilihat sempat mengusik isterinya itu ketika mereka di dalam kendaraan untuk keluar bersama.