Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni secara rasmi mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio, Hot FM bermula hari ini.
Menurut Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, dia sebenarnya sudah merancang untuk tidak menyambung kontrak sejak akhir tahun lalu dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan.