Sekurang-kurangnya lapan orang maut selepas sebuah belon udara panas yang membawa 21 penumpang terbakar dan terhempas di bandar pesisir Praia Grande, negeri Santa Catarina, selatan Brazil.
Menurut Gabenor Santa Catarina, Jorginho Mello, seramai 13 penumpang terselamat dan kini menerima rawatan di hospital berdekatan.