KUALA TERENGGANU – Seramai 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari empat negara dihantar pulang ke negara asal mereka pada Ahad.
Pengarah Imigresen negeri, Mohd Yusri Mohd Nor berkata, kesemua PATI berusia antara 19 tahun dan 32 tahun itu turut disenarai hitam untuk memasuki negara ini berdasarkan kesalahan dilakukan.