KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan Gelaran-gelaran, Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang, Pingat-pingat dan Surat Kepujian kepada 763 penerima sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-55.
Istiadat tersebut akan berlangsung di Istana Balai Besar di sini bermula jam 8 pagi pada Ahad.