Golongan usahawan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mempunyai persediaan untuk berdepan cabaran ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, persediaan tersebut seperti dikatakan mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman boleh menjadi kunci untuk mereka untuk bertahan bahkan berkembang lagi.