SHAH ALAM – “Saya masih ingat setiap satu dialog bersama kaunselor yang bertanyakan, adakah saya mahu meneruskan perkahwinan kerana individu autisme itu sukar untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu.”
Demikian kongsi seorang wanita, Noor Hasnita Rosli, 33, yang baharu mengetahui suaminya seorang autisme selepas tujuh tahun melayari rumah tangga.
 
     
     
     
         
          
             
                